Pemilik

My photo
Hidup kadang-kala terlalu absurd untuk diraikan.

Wednesday, May 4, 2011

Juara nombor satu dalam hati

Rasa resah lewat kebelakangan ini akhirnya memberi jawapan yang pasti. Setiap hari, suara emak juara nombor satu dalam hati adalah perkara wajib didengari. Biar hanya sesaat cuma, ia lebih membuatkan perjalanan hari aku lebih tenang. Kelmarin, emak ku hubungi; mendengar suaranya untuk sekian kali. Berbual manja walau hari-hari talian sentiasa bersambung, sumpah, aku tidak pernah rasa jemu. Kata mak, kesihatannya kurang lantaran darah tingginya naik. Katanya lagi, terlupa makan ubat. Aku mengeluh dan menasihatinya untuk tidak sesekali abaikan ubat yang diberi. Kata mak, sudah stabil dan menyaran aku tidak risau. Perbualan tamat bersama peringatan buat aku yang isinya sama hari-hari. Itu kelmarin....

Sore tadi, emak ku hubungi lagi. Seharusnya dia bekerja hari ini tapi aku diberitahu dia cuti. Kata emak, semalam darah tingginya naik lagi. Dan dahi aku berkerut. Lupa makan ubat lagikah? Katanya, tengah malam semalam dia dibawa ke unit kecemasan Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh oleh ayah dan abang kedua aku. Katanya lagi, dia tidak boleh bertahan, darah tinggi lagi. Aku diam dan dalam hati risau sejuta kali lebih banyak.
Lupa makan ubat bukan faktor utama. Aku tahu. Aku punya jawapan. Mak runsing dan mungkin tertekan. Dugaan yang menimpa kami, aku yakin ia punca. Masih tidak selesai lagikah?

Emak kekal juara nombor satu dalam hati.

Aku jadi serba salah. Dua minggu yang dinanti ku rasa setahun. Sudah hampir sebulan halaman rumah di Ipoh tidak ku jejak. Bukan tidak mahu, kekangan masa dan kerja yang tidak menentu membataskan niat. Hendak pulang sekejap, banyak faktor kena fikir. Hendak bercuti lama, payah. Editor cuti beranak dan aku perlu bertimbang rasa untuk tidak cuti berlebihan. Banyak yang perlu aku korbankan.

Maaf emak, aku pulang tengah bulan ini. Jangan risau dan tenangkan hati. Abaikan segala benda buruk yang datang. Setiap hari aku doa yang baik-baik untuk keluarga kita. Walau tidak seperti yang lain, aku tetap sayang kalian. Dan, segala ingatan mak sebelum selular itu dimatikan kekal dalam ingatan.

- Jaga diri nak.
- Pandai-pandai jaga diri sayang.
- Balik kerja malam-malam hati-hati.
- Berkawan baik-baik.
- Bawak kereta elok-elok.
- Jaga kesihatan.
- Jangan tinggal solat.
- Cepat cari calon, berkawan dulu, lama-lama nanti kahwin la. (Ingatan paling utama)

Rinduku pada emak tidak sama umpama rinduku pada sang arjuna. Rindu merasai kucupan di dahiku. Rindu pelukan sayang. Rindu mencium pipinya. Rindu mengusik dirinya. Rindu beradu di bawah ketiaknya, dan rindu tidur bertepukkan tangannya. Tolong, jaga diri, aku belum bersedia untuk rasa kehilangan.

17 comments:

Unknown said...

hana, aku harap ibumu cepat sembuh.:) amin.

JelinaJoli said...

jangan diri tu apa ya tajima? term baru eh??




untuk mak, cepat2 sembuh.. nak celebrate hari ibu ni........

ghost said...

kamu pasti faham kalau aku tidak punya kata-kata untuk ini.hanya doa,itu saja aku mampu beri.dikejauhan ini semua terasa sebak dan sayu.

semoga Tuhan memberkati usia dan hidupnya..

hanaahmad said...

dayya : ya, amin! terima kasih mendoakan. aku doakan kau sihat sentiasa. :)

jelina : aku typo! huhu. terima kasih! doa yang baik2 juga buat kamu. :)

Phan : insyaAllah dan amin. aku juga berharap. doa juga buat kamu.

Melda Mohd said...

Ouh. Mungkin Mel kurang faham perasaan ni. Mel kehilangan semasa belum mengetahui apa-apa. Lagi tak sempat bersedia. Huhu. *Cemburu*

Tabahkan hati. Insya Allah, mak mesti sihat semula. *Doakan kesihatan mak Hana bertambah baik.*

hanaahmad said...

Melda : Jangan cemburu dan maaf mendengarnya.. Insya-Allah. moga semuanya baik2 sahaja. doa yang baik juga buat kamu. :) terima kasih.

^^nu[dd]yra^^ said...

semoga mak hana bertambah baik dari hari ke hari....bertabah ya !

sarah mohamad said...

semoga ibu anda cepat sembuh hendaknya. amin :)

Far8 budak baik said...

sumpah sedih aku bace...
wlupun x penah nangis..
tapi aku nagis gak..agak gedik sikit..
klo ak jadi kau..mmg nangis dah..
uwaaaa..ak doakn emak kau sihat sentiasa amin =)

hanaahmad said...

nuddyra : iya, mudah-mudahan. terima kasih. amin.

sarah : amin. insyaAllah. terima kasih.

far8 : janganlah bersedih. insyaAllah. mudah-mudahan.

doa aku untuk kalian semua juga. :)

nasri said...

cepat cari calon... huhu~ tuan blog nie xde calon lg ker.. igt pesan mak tu..cari cpt2..hik3..

pembaris said...

saya sangat suka bila kakak2 dan adik perempuan saya bersembang berdua dengan mak.perhati dari jauh pun sejuk hati.banyak nak bercerita.

balik lah selalu.

hanaahmad said...

nasri : haha. insyaAllah.

pembaris : sebelum ni mmg selalu balik. bulan ni je ssh dpt balik. insyaAllah akan blik juga nnt.

Mutiara Bernilai said...

moga emak kamu cpt sembuh.

kamu juga, jaga diri :)

Encik Psychopath said...

dah jumpa calon ?

. said...

dah jumpa calon? hehehe. persoalan sama.

hanaahmad said...

mutiara : iya, terima kasih. insyaAllah. :)

encik psychopath dan khrlhsym : masih mencari. mahu jadi calon? :)