Pemilik

My photo
Hidup kadang-kala terlalu absurd untuk diraikan.

Thursday, March 17, 2011

Perlakuan lidah

'Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.'

Sarkastik dan sinikal kini menjadi semakin sebati dalam hidup aku. Masalah besar. Ajar aku bagaimana mahu mengawal perlakuan lidah dari terus menyentap hati sahabat? Aku masih hilang kawalan. Masih perlu lebih banyak latihan. Masih perlu lebih banyak ulangkaji. Bukan berniat mengusik hati, cuma luahan rasa tanpa tapisan manisan. Maaf ya. Jika itu perlakuan paling hodoh dalam figura ini, akan aku lontar jauh-jauh agar kata manis lebih dekat dengan aku. Manusia tidak sempurna, dan aku manusia itu.
Penyesalan yang sering disesalkan ialah kata selepas aku lontarkan. Aku kesal sampai mimpi malamku tersengguk-sengguk. Betullah, susah untuk jadi betul-betul baik.

7 comments:

cEro said...

mungkin sbb tu org kata 'fikir dulu sebelum cakap..'
dan wujudnya 'terlajak perahu boleh diundur..'

cuba cabar diri sndiri utk berubah sedikit demi sedikit, sbb aku pon sdg lakukan perkara yg sama, sbb aku pon miliki masalah yg sama..

hanaahmad said...

cEro : tulah, dah cuba untuk berfikir sebelum bercakap tapi kadang2 tak dapat nak fikir terus cakap. huh, payah gak ni.

wachak said...

Bila kita cakap lain yg di terjemahkan lain. macam ni pun boleh sesak dada kita tapi kadang2 tu bila dibicara tanpa kias ada yg tak faham ataupun sengaja buat2 tak faham.

Kadang2 tu perlu meluahkan dengan kata2 sinis walaupun pedih sipendengar nya. Ialah .. takut bila disimpan terlalu lama membuatkan tekanan darah kita naik ... he33

puteraduyong said...

bila lidah berkata2...pasti menghiris...kuasa lidah...kena pandai gunakan... :)

ghost said...

antara lontaran kata-kata sarkastik tuh terdapatnya kata-kata pengajaran dan pertimbangan..

aku antara mereka yg percaya kalau kesempurnaan itu infiniti.

APi said...

aku juga sarkastik..
lebih suka begini daripada aku pendam sendiri..

hanaahmad said...

bro wachak : kadang2 kala perlu juga sinis agar orang faham yang kita meluat dengan perlakuan dia. huhu. pendam lama-lama pun boleh jadi busuk.

putera lidah : cuba memandaikan lagi. :)

ghost writer : betul tu. tapi orang fikir aku bermulut jahat. sedangkan ia hanya sekadar teguran secara halus. tapi orang takkan faham.

api : setuju! aku pun lebih suka luah dari pendam. :)