Pemilik

My photo
Hidup kadang-kala terlalu absurd untuk diraikan.

Friday, October 9, 2009

<3 majalah terindah <3


dulu, selepas menunaikan kewajipan kepadaNYA,
aku pasti menemuinya jika ada masa terluang.
aku akan berlagu riang mengikut alunan indah tiap bait ayat yang terukir.
jika dulu, tiap kali aku runsing menghadapi peperiksaan dunia,
dialah yang menjadi penenang jiwaku.
di kala hatiku runsing, dialah juga menjadi penawar duka.
kini,
aku makin alpa.
Dia hanya ku pandang sepi.
Sudah lama ku tidak mendekatinya.
Dan aku berasa berdosa.
Kerna..
Al-Quran la buku,majalah dan nota terbaik buat diriku.
Buat penenang jiwa,
buat pemudah jalan,
buat hiburan indah mengisi ruang pahala yang makin kosong di kambus dek sang dosa.

No comments: