Pemilik

My photo
Hidup kadang-kala terlalu absurd untuk diraikan.

Friday, March 8, 2013

Perihal perempuan.

"Cari perempuan mulia yang menentang sehingga mati,
 cari perempuan yang menentang meskipun sudah mati." 
- Perempuan Nan Bercinta, Faisal Tehrani. 

Pernah waktu kecil, aku merungut-rungut kenapa aku dilahirkan sebagai perempuan. Dibesarkan dalam lingkungan abang-abang dan sepupu-sepupu lelaki, sifat keperempuanan aku terlindung dengan ritual-ritual harian yang lasak dan maskulin. Menginjak dewasa, walau masih terlalu alergik dengan peragaan; baju, alat solek, kasut tumit tinggi, merah jambu dan segalanya yang bersifat feminis, menjadi perempuan itu adalah satu kebanggaan yang paling aku muliakan. Aku sentiasa percaya, perempuan tidak harus terusan dilabel lemah, harus sentiasa seiring dengan laki-laki. Seperti kata Umar al-Khattab, lelaki yang berjaya itu dilihat dari dua perkara. Pertama, siapa ibunya dan yang kedua, siapa isterinya.

Maret kelapan, Selamat hari wanita sedunia. Muliakan dirimu perempuan, lebih dari kamu memuliakan yang lain.

24 comments:

ctpayong said...

itu aku. aku pun sama. sampai kesudah tak reti berhias...

si ngokngek said...

dulu aku pun fikirannya mcm tu kak,tapi bila dah meningkat dewasa fikirannya lebh matag.bangga dilahirkan sebagai perempuan.hehe

suesue said...

selamat hari wanita :)

amira faqihah said...

selamat hari wanita kak hana :)

Anonymous said...

Well said..jadi sikap gentleman lelaki tu harus kami buang juga la kan..:)

Wadi AR said...

akak dah baca kan buku PNB ni? jom jadi wanita kak. kakaka

PenjuruKosong said...

Jadilah wanita yg berjuang!

miranadia said...

semester satu ke lapan ke, gaya tetap sama. pegi kelas pakai bedak talkum.

btw kak hana, saya UPSI

ewanthology said...

jika perempuan mahu seiring lelaki, seharusnya tidak perlu wujudnya 'coach pink' di stesen komuter dan 'pink parking' di shopping complex...

opppsss

jeBateja said...

Pehhh..penuh bersemangat...tabikkkkkkk...

monologmalamhari said...

dan aku bangga menjadi seorang perempuan ..

H Y D E said...

lenggok bahasa hana ohhh

Sabella Mohamad said...

bella pun begitu dulu . membesar di kalangan abang2 . sangat anti dengan kaler pink . rambu sentiasa dibiar kontot . tapi sekarang dah mula nampak 'lain' . rambut dibiar panjang . dan , mula suka akan pink . hehehe

ghost said...

wanita memang sangat diletakkan tempat tinggi. tengok saja drama atau lagu-lagu. tapi itulah kadang perlu diingat juga, wanita adalah penyebab suatu yang lain.

misz aisya said...

mungkin sy bukan feminis dan anggun sgt, agak kasar dan garang sbnrnye. tp, bab kelembutan hati memang sgt2 perempuan.

menjaga maruah diri supaya lebih dihormati dan menjaga hak bakal suami. :)

syafiqa said...

selamat hari wanita kak

Felly Sophia said...

Selamat Hari Wanita buat kita. :)

Unknown said...

selamat hari wanita..:)

Azian Elias said...

nikmatnya jadi wanita...

bact. said...

bila pondan cerita pasal perempuan.

Päk Läng said...

semoga allah merahmati seluruh perempuan nan bercinta

♥ Nana BamBam ♥ said...

Berbanggal menjadi perempuan kerana perempuan seindah indah perhiasan nak nak lagi kalau muslimah solehah :)

♥ Nana BamBam ♥ said...

*Berbangga

soryy typo >.<

cEro said...

Statement 'perempuan makhluk lemah' selalu ditentang pejuang hak wanita.
Tapi bagaimana pula sesetgh perempuan yg gunakan statement itu utk mengelat?

Cth:
"Alaaa, tak boleh laa nak angkat tong gas ni, perempua kan makhluk yg lemah..."