Kicau burung-burung yang sedang membingit pagi tadi belum mampu meredakan kesamaran di hati. Deruan enjin kuasa kuda pun meragut segala kepiluan yang masih berbaki. Ini kotaraya debu. Berdebu dek segala kemodenan yang didambakan duniawi. Berkelana jauh aku di sini demi sebuah kehidupan yang panjang yang bakal aku lewati untuk hari-hari yang datang. Tidak seperti yang lain; statusnya barangkali sudah boleh bergelar bekerjaya. Tapi untuk aku, ia masih permulaan mentah yang cukup-cukup belum melepasi angka kosong peratus pengalaman. Menjadi kuli muda yang angka gajinya masih tersangkut di kerongkong setiap tengah bulan seperti ini, bukan sesuatu yang menyedihkan. Kerna, masih ada yang lebih didambakan selain uwang. Dan di Isnin yang disenangi ini; aku sedang tersenyum menanti datangnya Rabu.
Rabu; permulaan yang baik untuk penyucian minda dari segala kerjaan yang menggila. Moga kebahagiaan bakal datang untuk enam hari yang menjelma tanpa udara kotaraya yang menyempitkan rongga penafasan. Moga-moga.
39 comments:
wordless wednesday
kuatkan jiwa mu sekeras aspal di jalanan....
tnpa rabu tiada khamis kann
apa pun, all the best utk kau.
cheers, sis :)
jom letak gambar beramai ramai
semoga lebih tenang, hana
balik kg ke beb cuti ni?
tunggu gaji ke pe?
rabu :)
dill.
selamat hari lahir manja.
err.tibe tibe .haha
8 thn?pfffttt...
ah,tersilap!kahkah,moga.rabu terbaik utk mu :)
Its ok.. Sekurang2nya DIA masih memberi rezeki pada kita.. Walau kuli sekalipun.. Yg sememangnya kita hidup sebagai hambaNYA... Rabu ade wordless wed la.. Herherher..
gambar penantian tu aku suka..
aku lebih suka menunggu jumaat.. =]
moga-moga semuanya mudah buat kamu, Hana~
moga2. :)
wordless wednesday juga!
hari esok rabu. kau nak belanja aku ka? haha
rabu ada apa..gaji naik ke? pape pon all the best ok ;)
pepol : bukan pasal itu. :)
EL MARIACHI : yang sedang menguatkannya.
nurkaloi : rabu dan hari-hari berikutnya untuk minggu ni insyaAllah menenangkan aku.
Edy : terima kasih. :)
Wadi AR : heh. kalau aku update hari rabu ini. :)
eLL : moga-moga. :)
tieykah : dalam ramai-ramai yang komen, nampaknya ko sorang je yang memahami syg. ya permulaan cuti yang panjang buat aku. :)
Waqheh : dah terang-terangan, aku tidak bercerita pasal gaji pun.
dill : ya, Rabu dill. :)
syafiqakarim : haha, boleh pula tersalah dik oi. ya, moga-moga.
Liyana Zahim : hehe. alhamdulillah masih punya rezeki untuk hidup. Rabu adalah hari bermakna buat aku, bukan pasal wordless wed. :)
APi : untuk aku, Rabu minggu ini harinya buat aku tersenyum gembira. :)
SaL ijOu : terima kasih sal! insyaAllah. :)
Cik Jannah : ya, moga-moga.
Pak Lan : takde maknanya. ko tu yang masyuk.
dayah : bukan gaji dayah. gaji aku lambat lagi. terima kasih. :)
mesti ada sesuatu yang kau suka akan berlaku hari rabu nanti kan hana?
menanti rabu untuk wordless ..yeahh..huhu
rabu tanpa kata.. :)
hari rabu kat mane ade pasar malam eh..
cuti?
ucapkan selamat bercuti wahai kalian buat aku. moga-moga menjadi cuti yang mendamaikan. :)
Sy tak sabar nak tunggu jumaat depan :)yeay, awak dapat gaji eh. belanjaaa kan kan kan hihik.
hati-hati manusia pon penuh debu, terutama mata sepet yg makan ba alif ba ya, kot!
*sori, tengah emo. baru lepas bertekak dgn 'kaum itu' parking tempat kita. it is paid, ok! (",)
kta hmpir sama :)
moga hari2 kamu akan tetap indah
DIA lebih mengetahui..
semoga tabah ya, kawan..
:)
belajar or kerja semua ada masalahnya... kuatkan semangat ok..
ada apa dengan rabu??
cuti??
mana??
seronoknya.anual leave aku dah -ve 1.5
jangan muka laling berdebu sudah laa
ada apa dengan rabu . :)
like!!!!!
tiada rabu tiada hari.
:)
kita,
sama
FaizalSulaiman : bukan ww. :)
cik ciput : ya, cuti yang lama.
Nana & Elie : tidak bagi aku. :)
Pondok Usang : :)
delarocha : yup. :)
pemuzik jalanan : duit gaji saya dah habis dah. haha.
blog-tips-kurus : sabar-sabar. :)
Niena : moga-moga juga buat kamu. :)
zureen : ya, aku sedang menghadapinya. :)
bidadari syurga : tapi belajar tiada masalah untuk fikir hal uwang kan.
CassiaSiamea : cuti. di rumah keluarga. :)
pembaris : aku ada lagi 6 hari. hoho.
ORLANDO AHMAD : Hampir berdebu yang. :)
choki : waktu cuti. :)
syahirooAhmad : terima kasih. :)
say to easy : ya. begitulah.
nordiyana : :)
EZAN IDMA : sama. :)
Post a Comment